KlANG
Klang ( Jawi: كلاڠ) dahulunya
dikenali sebagai Kelang) merupakan Bandar DiRaja dan daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini
pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala
Lumpur danShah Alam. Ia terletak
kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur. Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur ; daerah Kuala
Langat di sebelah selatan
manakala Kuala
Selangor di sebelah utaranya.
Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.
Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebih awal
dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan kerajaan
Srivijaya dan Majapahit. Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli, rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu
"Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang
dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan
terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang.
Charles A. Fishr pula berpendapat
"Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat
ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak
sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah,
Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan
Sg. Putus.
Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari
ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya
selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875,
Klang di pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala
Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik
dan bersih.
Sungai Kelang
- Sungai Kelang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288 km persegi. Sungai Kelang mempunyai 11 cawang sungai utama. Sungai ini bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.
- Disebabkan sungai ini mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan lebih empat juta penduduk, ia agak tercemar. Pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian sungai sehingga menyerupai parit besar. Ini sering mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila hujan lebat.
pencemaran berpunca daripada minyak pelincir
terpakai
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor
telah menjalankan siasatan segera ke muka sauk empat Loji Rawatan Air (LRA)
yang operasinya ditutup sementara semalam berikutan pencemaran minyak diesel di
Sungai Selangor, bagi mengenal pasti punca pencemaran itu. LRA berkenaan ialah
Rantau Panjang manakala tiga buah lagi di Kampung Bukit Badong iaitu SSP1
(SPLASH), SSP2 (Puncak Niaga) dan SSP3 (SPLASH).
Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata hasil siasatan itu
mendapati kesan minyak tersebut berpunca daripada tumpahan minyak pelincir
terpakai (SW 305) di dalam longkang pada sebuah bengkel penyelenggaraan lori di
Jalan Batu Arang, Sungai Bakau, Rawang.
"Kesan
pembuangan minyak itu menyebabkan kesan minyak yang ketara terhadap Sungai Gong
yang akhirnya telah memasuki Sungai Selangor dan mengakibatkan empat loji air
di Rantau Panjang dan Bukit Badong ditutup operasi sementara semalam.
"Pasukan
penyiasat JAS telah melakukan persampelan minyak di Sungai Gong dan dalam
premis untuk melengkapkan siasatan. Pihak premis telah diarah membuat sekatan
serta-merta dengan menutup aliran longkang premis bagi menyekat aliran air
bercampur minyak dari terus memasuki ke dalam Sungai Gong," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Palanivel
berkata selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memasang peralatan
kawalan tumpahan minyak di permukaan Sungai Gong berhampiran longkang yang
melepaskan aliran air bercampur minyak bagi menghalang aliran minyak itu
berterusan mencemari Sungai Gong dan seterusnya ke Sungai Sembah sebelum
memasuki Sungai Selangor.
"Kerja-kerja
mengumpul dan membersihkan buangan minyak oleh pihak premis selesai sekitar 5
petang (semalam) di sekitar premis dan buangan minyak yang dikumpul adalah
dianggarkan sebanyak 4,000 liter, distorkan di dalam premis.
"Kawalan
dan pembersihan kesan-kesan buangan minyak yang masih terdapat di dalam sungai
dikendalikan oleh pihak LUAS," katanya. Hari ini Majlis Perbandaran
Selayang (MPS) menyita keseluruhan operasi premis terbabit termasuk kelengkapan
penyelenggaraan kenderaan.
JAS
Selangor pula menyita dua buah lori tangki milik premis yang digunakan untuk
menyedut dan mengumpulkan buangan minyak untuk tindakan lanjut JAS, katanya. Palanivel
menegaskan JAS akan mengambil tindakan tegas berhubung insiden pencemaran itu
selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid
berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) yang ditutup semalam kerana pencemaran
diesel di Sungai Selangor, mula beroperasi tengah malam tadi namun
bekalan air ke kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat di antara
tiga hingga lima hari mulai hari ini.
Katanya,
dalam tempoh tiga hari itu, bekalan air di 80 peratus kawasan
terjejas terutamanya kawasan rendah dijangka kembali pulih seperti biasa. Kerja
mengepam air mentah dari Sungai Selangor bermula pada jam 12.30 tengah
malam tadi di LRA Rantau Panjang seterusnya LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3)
pada jam 12.40 pagi, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) pada jam 5 pagi dan LRA
Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) pada jam 5.30 pagi, katanya kepada pemberita
semasa meninjau muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 2.
Jumlah
keseluruhan akaun pengguna air yang terjejas berikutan penutupan empat LRA itu
ialah 899,931 terdiri daripada 183,340 akaun di Gombak, 66,893 di Kuala
Lumpur, 347,925 di Klang, 4,993 di Kuala Langat, 35,620 di Kuala
Selangor, 248,120 di Petaling dan 13,040 di Hulu Selangor.
Beliau
berkata walaupun empat LRA iaitu Rantau Panjang dan SSP2 yang dikendalikan
Puncak Niaga (Malaysia) Sdn Bhd dan SSP1 dan SSP3 yang dikendalikan Syarikat
Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) tidak beroperasi hampir 17 jam
sejak jam 8 pagi semalam, tetapi pemulihan bekalan air akan mengambil masa yang
lebih lama.
"Ini
adalah kerana rizab bekalan air terawat di Lembah Klang kini berada pada paras
yang rendah iaitu satu peratus," kata Mahdzir. Berikutan itu, katanya
pembinaan LRA Langat 2 yang membawa masuk air mentah dari Pahang amat
diperlukan bagi memastikan bekalan air stabil untuk para pengguna di Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Selangor. Menurutnya kira-kira 60 peratus daripada bekalan air di
Lembah Klang bergantung kepada sumber air mentah dari Sungai Selangor yang
diproses oleh empat LRA itu.
Sementara
itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjangka gangguan bekalan
air di enam wilayah terjejas akibat pencemaran Sungai Selangor akan pulih
secara berperingkat dalam masa tiga hari lagi sebelum pulih sepenuhnya dalam
tempoh seminggu.
Sehingga
kini, jumlah pengguna yang terjejas telah menurun kepada kira-kira 880,000
akaun pengguna iaitu 60 peratus daripada jumlah pengguna di enam wilayah iaitu
Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu
Selangor.
Pengarah
Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata
pengguna wilayah Kuala Langat telah menerima bekalan air semula sepenuhnya
sejak awal pagi tadi.
"Oleh
sebab kawasan yang terlibat amat luas dan jumlah pengguna yang terjejas
melebihi sejuta orang, semua kakitangan Syabas kini bertugas 24 jam secara
bergilir-gilir bagi memastikan semua kerja-kerja berjalan lancar," katanya
kepada Bernama hari ini.
Kepesatan pembangunan punca Sg Klang tercemar
Keadaan ini telah memberi cabaran besar kepada
kerajaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi penduduk ekoran berlakunya
pencemaran sungai termasuk dari sudut kawalan banjir.
Kepesatan pembangunan dan jumlah
penduduk yang ramai di kawasan Lembah Klang merupakan faktor penyumbang
terhadap pencemaran Sungai Klang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Beliau berkata faktor itu telah memberi cabaran
besar kepada kerajaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi penduduk ekoran
berlakunya pencemaran sungai termasuk dari sudut kawalan banjir.
“Kepesatan penduduk yang melebihi
empat juta orang di bandar-bandar sekitar Sungai Klang termasuk Ampang dan Shah
Alam telah menyebabkan pencemaran Sungai Klang ketika ini berada di kelas III
dan IV yang mana ia dikategorikan oleh Jabatan Alam
Sekitar
sebagai tercemar,” katanya di dalam ucapan yang dibacakan pada majlis
pelancaran Ekspedisi Sungai Klang Bersama Media di sini hari ini.
Ucapan beliau dibacakan oleh
Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor. Uggah berkata melalui pelbagai kempen kesedaran
yang dilaksanakan kerajaan seperti ‘Cintailah Sungai Kita’ serta penempatan
semula setinggan, kadar sampah yang memasuki sistem sungai di lembangan Sungai
Klang berjaya dikurangkan.
“Kadar sampah di Sungai Klang yang
dicatatkan pada masa kini ialah 77,000 tan setahun dan kita jangkakan dengan
projek River of Life (RoL) yang dilancarkan Julai tahun lepas, kita akan dapat
mengurangkan lagi kadar ini iaitu sebanyak 50,000 tan setahun melalui pelbagai
langkah termasuk pemasangan perangkap sampah selain program kesedaran awam,”
tambahnya.
Menurut Uggah, media turut memainkan
peranan yang penting bagi membantu kerajaan mengubah dan membentuk masyarakat
ke arah pengurusan alam sekitar yang mapan khususnya membabitkan isu pengurusan
sungai.
“Selain melaporkan apa yang terjadi
kepada sumber alam, media massa juga berperanan membantu kerajaan
mentranformasikan Sungai Klang kepada sungai yang bersih. “Atas sebab itu kita
mengadakan program Ekspedisi Sungai Klang Bersama Media dengan tujuan bagi
mendapatkan kerjasama dan komitmen media dalam menyebarkan maklumat terkini
mengenai alam sekitar khususnya berhubung isu menguruskan sungai,” katanya.
Uggah turut berharap masyarakat
setempat lebih peka dalam aspek penjagaan sungai dan dapat bekerjasama dengan
kerajaan dalam membendung pencemaran sungai. Terdahulu, kumpulan media telah
dibawa memudiki Sungai Klang dengan menaiki bot dalam perjalanan selama 1 jam
bermula di Royal Selangor Yatch Club, Pelabuhan Klang dan berakhir di Seksyen
24 di sini.
-KERATAN AKHBAR-
RAWANG, 2 SEPT :
Pembuangan minyak hitam terpakai oleh sebuah kilang yang mengambil kontrak
memproses sampah secara haram dipercayai punca berlakunya pencemaran air di
empat sungai sehingga menyebabkan gangguan air di beberapa kawasan Lembah Klang
dan Kuala Lumpur.
Penolong Pegawai
Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Paramasivam Chelliah berkata,
pihaknya membuat siasatan ke atas kilang itu pada 30 Ogos lalu, setelah mendapat
panggilan telefon daripada Lembaga Air Selangor (Luas) yang mengatakan
berlakunya pencemaran sungai.
Beliau berkata, hasil
siasatan mendapati terdapat kesan pertumpahan minyak di Sungai Gong berpunca
daripada kilang tersebut yang turut mempunyai bengkel sendiri untuk
penyelenggaraan lori sampah.
“Pemilik kilang ini
mengumpul minyak hitam daripada bengkel yang sepatutnya dikitar semula, tetapi
apa yang berlaku adalah dua buah tangki minyak hitam itu dibuang ke dalam
longkang.
Pencemaran itu
menyebabkan empat loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2
(SSP2) dan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai
Selangor Fasa 3 (SSP3) terpaksa ditutup sementara.
Pihak MPS juga
terpaksa menggunakan enam lori tangki Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
untuk menyedut sisa minyak hitam yang dibuang sebagai langkah pembersihan
sungai.
Pencemaran air juga
akan membawa kesan-kesan yang lain seperti kesan kepada kualiti air,
mengurangkan kandungan oksigen terlarut, sistem air bawah tanah tercemar, dan
menjejaskan keindahan alam.
IMPLIKASI
KESIHATAN
Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia
serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi
implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah.
Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf.
Sesetengah
bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik
kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB)
boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam
panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.
Disenteri,
salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit
menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai
dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang
yang mencemari kawasan itu.
Pencemaran
air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan
manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada
kanak-kanak.
Kesan kepada kehidupan akuatik
Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di
tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada
sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah.
Bagaimanapun,
pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut
memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan
liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang
memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu.
Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25
miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.
Apabila
air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat.
Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan
hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada
pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.
Pencemaran
air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia
seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpai dalam sistem
air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
KESAN KEPADA TANAH BASAH
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak
organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran
bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan
daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem
air dihasilkan daripada
kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang. Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya
kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah
yang dirawat.
Untuk mengatasi
masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam
sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan
dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan
Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia,
2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang
supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan
perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas
supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke
dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat
pengumpulan sampah.
Hasil
tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada
peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan
sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan
peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat
strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
Untuk
mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya
perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama
untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk
memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak
tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2
kali sebulan. Dengan cara ini,
maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak
terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
No comments:
Post a Comment